Fitrah semulajadi manusia inginkan ketenangan jiwa. Juga kebahagiaan jiwa menjadi idaman manusia. Kalau ketenangan dan kebahagiaan telah tergugat di dalam kehidupan manusia. Manusia tension, gelisah, marah-marah dan resah. Tapi bagaimana ketenangan dan kebahagiaan hendak wujud di dalam jiwa?! Kalau rasa bertuhan sudah tidak ada di dalam jiwa manusia. Bertindak di dalam menghadapi kehidupan tidak kira lagi dosa pahala. Nafsu haiwan disuburkan, cintakan dunia dipertajam. Kedua-duanya ini adalah pembunuh jiwa. Apabila jiwa mati atau buta, hilanglah ketenangan dan kebahagiaan. Di zaman ini seluruh dunia manusia resah dan gelisah. Ketenangan dan kebahagiaan jiwa sudah tidak ada. Manusia kecewa, manusia putus asa. Bertemu di antara satu sama lain rasa tegang sahaja. Bahkan benci dan membenci serta prejudis sesama manusia. Manusia sudah bingung tidak tahu lagi untuk mengubat penyakit jiwa. Kerana seluruh manusia sudah ditimpanya. Termasuk cerdik pandai dan profesor-profesornya. Maka hiduplah manusia tidak tentu matlamat dan tujuannya. Mundar-mandir tidak tentu hala. Kakinya berjalan mengikut perasaannya. Keadaan manusia sudah macam orang gila tapi tidak gila. Akibat ketenangan dan kebahagiaan sudah tidak ada.
No comments:
Post a Comment