~ Bismillahirrahmanirrahim ~
~ Bismillahirrahmanirrahim ~
Untuk yang pernah mengecewakan hati secara sengaja atau pun tidak sengaja. Juga kepada telah berjaya bangkit kembali. Jasad yang kamu pandang itu kini adalah DIA itu, seorang yang dahulunya engkau injak-injak Seorang yang dulu hatinya engkau permainkan, seorang yang engkau taburi janji namun tidak ditepati Seorang yang engkau pandang sebelah mata, seorang yang engkau kira hanya bisa dibuat mainan Seorang yang pernah engkau kenyit mata, seorang yang engkau perlakukan seenaknya Seorang yang telah banyak engkau melakukan dosa, seorang yang engkau kira tidak bijak Seorang yang engkau pernah hancurkan masa depannya, seorang yang pernah engkau berikan senyuman palsu dan Seorang yang hakikatnya engkau belum kenal siapa dirinya yang sebenar! Engkau mengajak dia melakukan dosa, sedangkan engkau tahu dia insan mulia Engkau menghancurkan dia, sedangkan engkau tahu dia insan terhormat Engkau menyakiti dia, sedangkan engkau tahu dia berhati lembut Engkau mengotori cintanya, sedangkan engkau tahu cintanya suci Engkau permainkan hatinya, sedangkan engkau tahu dia insan yang hebat Sedarlah, Dia pernah membahagiakanmu, dia pernah membuatmu tersenyum Dia pernah berjasa dalam hidupmu. dia pernah bimbang akan dirimu Tetapi... semua itu hanya sia-sia... kerana ENGKAU! Engkau yang telah menukarkan dia yang hebat itu menjadi rosak akhlaknya. SUNGGUH! Betapa kejamnya dirimu.. Tidakkah engkau sedar akan kekhilafan dirimu??? Engkau lupa.. Allah itu Maha Mengetahui, dan hanya Dia lah yang menganugerahi HIDAYAH kepada sesiapa yang dia kehendaki.. Dia itu.. yang engkau perkotak-katikkan suatu masa dulu kini tidak sama lagi.. Dia memasang impian tinggi, demi memburu cinta Ilahi.. Tidak perlu engkau sakiti, kerana Allah sentiasa di sisi.. Tidak perlu engkau menyapa. hanya kerana ingin membuatkan dia, mengingatkan insan berdosa seperti kamu.. Tidak perlu engkau memberi senyuman manis kepada dia, kerana tiada lagi dirimu dalam hatinya.. Tidak perlu lagi engkau hubungi, jika niatmu hanya untuk menguji.. Cukuplah sudah! di hatinya kini hanya ada Dia pengatur cinta yang hakiki.. Lenyaplah sudah DIA itu.. Lahir kembali sebagai insan terpuji.. Malah lebih baik dari yang dulu.. Berserah hidup pada yang abadi.. Sungguh, dia sangkakan ribut berpanjangan, rupa-rupanya Allah datangkan pelangi.. Jangan pernah engkau samakan DIA dengan yang lain.. Masa merubah segala demi menjaga diri.. Yang pasti tertulis sudah cinta hakiki.. Hanya perlu menanti.
No comments:
Post a Comment