Tuhan itu adalah Cinta Abadi. Sesungguhnya Nyawa yang ditiup ke dalam Jasad manusia adalah Cahaya Kecintaan Tuhan itu sendiri. Apabila Diri Empunya Sekelian Diri (Tuhan) Berkehendak Mentajjalikan DiriNya untuk Memuji DIRINYA, dengan Kuasa dan Kebijaksanaan-Nya, DIA Mencipta dan Memelihara Alam dan Sekelian Jasad dengan SifatNya yang Tertinggi iaitu Sifat Maha Pengasih dan Maha PenyayangNya. Pada kita manusia, anak itu Lahir hasil daripada Kasih dan Sayang Ibu dan Bapa kita. Nyawa di dalam anak-anak itu pula adalah hasil daripada Cahaya Kecintaan ( Kasih Sayang) Tuhan kita. Nyawa dibaluti Tubuh Nafsu. Hakikat Nyawa itu adalah Nafas yang turun naik berpunca dari Hati (jantung). Di Hati manusialah punca RASA Kehadiran Tuhan kita.. Nyawa memberi RASA ADA pada tubuh kita..Tubuh Tidak akan dapat meRasa tanpa Kehadiran Nyawa - Bermaksud, Nafsu dihidupkan oleh Nyawa (Yang Menghidupkan). Siapa yang Menghidupkan>? TUHAN! Nyawa kitalah Tanda Nyatanya Kehadiran Tuhan di dalam Kemanusiaan kita. Di dalam Surah Al-Hadid, Ayat 4, Tuhan Berfirman: AKU sentiasa berada(hadir) BERSAMA kamu dimana saja kamu berada.." Oleh itu, pindahkanlah Kesedaran KeAkuan Tubuh Nafsu kita kepada KeAKUAN DiriNya (Nyawa) supaya Diri kita dapat mengharungi perjalanan kehidupan dengan Tenang, Sabar, Ikhlas dan Redha, demi Dharma Suci Kebenaran Sejati Tuhan kita, Tuhan Sekelian Alam. Bagaimana Memindahkan Kesedaran Tubuh kepada Kesedaran Nyawa? Pada Tubuh, "Buang Yang Keroh, Ambil yang Jernih" Buang sifat, perasaan, fikiran yang Buruk - Hasad Dengki, Mungkir Janji, Dolak Dalik, dsbnya, Ambillah Yang BAIK.. Pada Nyawa, Sentiasa Menyatakan KeTuhanan Di Kemanusiaan Kita, bermaksud SOLAT dan sentiasa Memuji Diri-Nya yang ESA. SUCI TUBUH DAN NYAWA @ SUCI ZAHIR DAN BATIN. Suci Istana-Nya (HATI), Maka akan Hadirlah CAHAYA KECINTAAN itu di dalam Istana (Hati) kita
No comments:
Post a Comment