Friday, 18 October 2013

renungan bersama





Janganlah gemar menentang orang lain sehingga terjadi permusuhan di antara kamu bersama, melainkan jika anda melihat sesuatu kemungkaran dalam agama yang dilakukan oleh orang itu, maka ketika itulah boleh anda menentang usaha usaha kemungkaran yang dilakukannya.

Jangan menilai seseorang menurut keadaan dunianya lalu anda memuliakannya, sebab dunia itu kecil sekali disisi Allah s.w.t . Jangan sampai anda menjual agama mu untuk mendapatkan harta benda keduniaan, sehingga anda dipandang kecil dimata orang yang memberinya. Mungkin suatu masa kelak anda tidak akan diberi lagi, maka ketika itu anda akan kehilangan harga diri dimatanya.

Jika anda mendengar bahawa orang itu pernah mencelamu atau membuat sesuatu keburukan terhadap dirimu, maka sebaik baik anda serahkan perkara itu kepada Allah s.w.t serta anda berlindung dengan Allah s.w.t daripada bahaya bahayanya. Ingat lah, jangan cuba memikirkan sesuatu rancang balas terhadap perbuatannya itu, sebab yang demikian itu akan lebih membahayakan diri anda.

Jangan memandang kecil, rendah atau hina kepada sesiapapun samada yang masih hidup mahupun yang telah mati, kerana bersikap demikian akan membinasakan anda. Sebenarnya anda tiada mengetahui mungkin sekali orang itu lebih baik nasibnya dari anda dibelakang hari. Sekali pun orang itu pada lahirnya fasik dan jahat, tidak mustahil pula nasib yang semacam itu akan menimpa dirimu sendiri, sehingga anda mengakhiri hayatmu dalam keadaan fasik dan jahat, sedangkan ia mengakhiri hayatnya dalam keadaan baik dan soleh.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews