Pagi yang indah ini aku ingin meluahkan sedikit cerita yang berada dalam
diri aku..Bukan cerita cinta persahabatan tapi mengenai perjalanan yang
aku ambil..
Perjalanan yang berbeza daripada mereka-mereka yang berada diluar
sana..Aku kini berada dalam masalah..Perjalanan siapa yang tidak menemui
masalah mahupun halangan..Segalanya datang dengan pelbagai
tujuan..Semoga kita tahu tujuan kita..
Masalah ini datang kerana aku yang undang mereka..Kini mengharap ada
yang sudi berkongsi namun itulah manusia,tidak semua mampu berkongsi
dengan kita apatah lagi kita ini manusia yang berbeza pemikiran dan
perjalanannya..
Walaupun aku akui perjalanannya mempunyai destinasi yang sama,namun kita
tak mampu untuk berjalan-jalan bersama..Ada yang semakin jauh,ada yang
semakin dekat..Namun bagi aku,destinasi semakin dekat,cuma perjalanan
aku terasa jauh..
Jauhnya perjalanan ini aku rasa..Makin tertinggal jauh sehingga aku
tidak nampak siapa yang berada didepan ku..Bagaikan kabus menutupi
penglihatanku..
Aku menangisi nasibku dipertengahan perjalanan ini..Namun,tiada siapa
yang mampu berhenti menegur ku,menyapu airmataku,menanyakan
masalahku..Mungkin tiada siapa yang melalui jalan ini..Maka aku
keseorangan..Dalam gelap aku merintih,dalam terang aku tersenyum..Antara
gelap dan terang,aku masih meragui kebenarannya..
Aku meneruskan perjalanan ini biarpun ianya berbeza daripada
mereka..Semoga aku bertemu dengan mereka dipersimpangan yang akan
datang..
No comments:
Post a Comment