Sunday, 21 April 2013

Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara bukan orang lain.
Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang
tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih
sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews