sepi itu indaH''
~♥~ Usah takut lagi akan SEPI kerana SEPI itu sangat indah. SEPI telah mengajar tentang banyak perkara. Musahabahlah diri ketika SEPI nescaya kamu mampu melihat ke dalam diri lebih daripada yang kamu mahu. Renungkanlah kejadian-kejadian ciptaan TUHAN ketika SEPI nescaya kamu akan lebih mudah mengalirkan air mata keinsafan. Bermunajatlah ketika SEPI nescaya kamu akan lebih menyesali dosa-dosa semalam. Berfikirlah ketika SEPI nescaya kamu akan mula menghargai setiap orang yang pernah hadir dalam hidupmu. Carilah ruang untuk kamu berasa SEPI kerana ketika itu kamu akan lebih banyak menggunakan akal untuk mengintai kekurangan dan kelemahan diri.~♥~
No comments:
Post a Comment