LUbANg.
Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Ditatapnya dari atas keningnya sehingga ibu jari kaki, mencari-cari kot-kot masih ada yang tidak kena dengan penggayaan sakannya petang itu. “Okey la ni, dah cukup cantik hapa?” Sawiyah bersoal dan berjawab sendiri. “Memang sebelum ini pun aku dah memang cantik”... Sawiyah berbangga. Selama ini pun Sawiyah acap benar mendengar pujian-puj
ian tentang dirinya. Di pondok menunggu bas. Di dalam bas. Di pejabat. Malah ke mana saja dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu kepadanya. Sawiyah tahu itu. Sawiyah faham itu. Sawiyah senang begitu! Cuma mujurlah Sawiyah tidak mudah cair dengan segala pujian-pujian murahan begitu. Barang baik mesti berharga tinggi. Itu kena jaga. Begitu pegangan Sawiyah. Dan kerana itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk, Sawiyah bolayan terus. Apa klasss diorang tue?. Namun demikian setelah kehadiran Sameon sepejabat dengannya, pegangan hidup Sawiyah mulai goyah. Second bosnya itu benar-benar membuatkan dia jadi sesuku angau. Targetnya hanya satu, Sameon!. Katalah apa orang nak kata. Perigi cari timba ke, apa ke, itu semua Sawiyah buat selamber jerrr. "Malam ini u ada pree tak? Kalu boleh, I ndak ajak dinner!!" begitu lama Sawiyah ternanti-nanti pelawaan sebegitu. Pelawaan dari Sameon yang selama ini tak pernah lepas dari benak Sawiyah. Dua jam sebelum jam 8.00 malam seperti mana yang dipersetujui, Sawiyah bersiap habiss. Dadanya tak berhenti-henti dug-dag-dug- dag menantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu. Dan apabila deru kereta Sameon memasuki laman rumah sewanya, Sawiyah laju menuju ke pintu. Semuanya menepati seperti rencana asal. Sameon tersengih segak menanti, sedang Sawiyah buru-buru mengenakan kasut tinggi mengejar waktu. Apapun yang paling ketara ketika itu, senyum Sawiyah terlalu lebar semasa menutup pintu kereta dan menegur Sameon. Cuma saying, tiba-tiba senyum Sawiyah itu tidak kekal lama. Hanya sekitar beberapa minit kemudian wajah Sawiyah cukup kelat dan terus keluar dari kereta Sameon. Sewaktu menghempaskan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya, Sawiyah tidak menoleh ke belakang lagi. Deru kereta Sameon yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinga. Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar dan semakin ditatapnya wajah dicermin semakin berdengung-dengung kata-kata berbisa Sameon di telinganya semasa didalam kereta tadi... "U memang lawa. Body pun best. I minat gila kat u...cuma yang satu kurang gemar...bulu idung u terkeluar. Geli!!!!..." Pelan-pelan Sawiyah meraba hidungnya selepas mendengar kata-kata pertama Sameon didalam kereta itu...MORAL : MANA ADA MANUSIA YANG SEMPURNA?...JANGAN BIARKAN BULU HIDUNG ANDA PANJANG…BERHATI HATI LAH!!!
No comments:
Post a Comment