SePIeyy
sepi???
ianya adalah resah hati
yang mencucuk-cucuk hati ini
sedangkan selama ini
hati ini rela dalam sepi
hari ini ku sendiri
menyusuri langit malam yang gelap sunyi
tiada bintang yang menemani
ataupun rembulan yang hiasi dada langit
yang ada sebuah kerinduan dihati
ku susuri lembah sungai disini
untuk mendamaikan hati
tapi kasih
hanya dirimu yang ku nanti
hanya dirimu yang ku cari
hanya dirimu yang bermain dihati
YA RABBI
kasihanilah diri ini
rindu ini terlalu mendalam dihati
hingga membuatku tersesat dilorong sepi
kembalikanlah pujaan hati
agar aku tidak rasa sakit sebegini
benar kata sandaran hati
diri ini hanya akan mengerti pabila dirinya tiada disisi
dan ku akur dengan kata-katanya kembali
sungguh aku tidak mampu tanpa dirinya disisi
hari ini
aku menangis sepi
sakit dalam kelabu rindu yang tidak bertepi
bagaimana hendak ku gagahi hari ini
sedang kan air mata laju dari kolam mata ini
dan aku pejamkan mata sekali
ku hamparkan kembali kisah hati
antara aku dan pujaan hati
ku cuba tersenyum sedikit
walaupun terasa luluh hati ini
kasihhhh ku panggil namamu dihati
ku seru namamu kembali sekali lagi
kembalilah!kembalilah ke pangkuan diri
kerana ku tak sanggup lagi
hari ini, esok dan selamanya aku masih disini
dengan kesetiaan dihati
rindu ini sentiasa ada untukmu dihati
mmg sepi pun.......
ReplyDelete