Wednesday, 23 May 2012

AKU

Aku bukan sesempurna mana.
 Bukan sebaik mana.
 Luaran aku sendiri dapat diteka.
 Mudah ditafsir.
 Lentingan aku kadang kala menyakitkan jiwa nasut.
 Aku biarkan getir menyusup di setiap jalanan hidup
. Aku kembara emosi sendiri walau beberapa kali aku jatuh.
 Aku tolak negatif namun tidak pula aku terima positif.
 Aku suka pilih keadilan.
 Aku suka keseimbangan.
 Aku tak suka pada penyimpangan
.Aku tak suka seleweng kerana dambaan aku hanya jujuran rasa.
 Lirisnya aku meluah.
 Lirisnya aku dengan penulisan.
 Segalanya aku curah. Segalanya kerana emosi pelarian.
 Meditasikan diri. 
Kehidupan aku terlalu mewah dengan rakan-rakan sekeliling walau sebenarnya aku suka melepaskan diri.
 perselisihan dalam jiwa bukan terlalu neurosis.
 Berkatarsis.
 Aku diam membisu,
 membatukan diri dalam kesamaran senja
. Aku tak pernah keseorangan cuma aku yang lebih suka memencilan diri.
 Bukan aku ingin menjauh namun aku hanya hidup dalam konsep sendiri ....

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews